Tuesday, April 30, 2013

Book fair PWTC

0 legit comments

aku dengan sorang kawan turun kl pergi pwtc. aku dah habis paper. dia ada lagi 1 paper psychology. best jugak shopping. aku beli langit illahi 1 sampai 3 and some other books. feuwh.. penat jalan jalan sikit. otw balik supposely dari bandaraya kena turun kl sentral dulu tukar train, but kitorang punya rancak berbual excited lah kata kan, sampai lupa nak balik mana.

bila dah sedar tu macam, eh panic nya. terus fikir kejap. haa turun je lah mana mana station pastu naik mana mana train untuk patah balik kl sentral o yeah. ok setel dah kot. dah turun tu, oih gelap gila, takde orang langsung. timbul rasa menyesal turun. member kata, ada laki ah heading arah sini. dia kata jom tunggu train kat atas jejantas antara laluan train. supaya tak nampak lah sangat kami insecure. aku ikut. dah sampai atas, kami nampak lelaki tu naik atas jugak. adeh hanjeng2 yang tak nampak  kat sini tapi buat bising, tambah isu saspens . baca - baca ayat Qursi. jangan risau Allah ada. kitorang, green belt holder dalam karate hahah. harap harap ilmu tu boleh apply kalau situasi memaksa. pacik tadi tu, pass by kitorang. takde ape jadi. alhamdulillah. dia masih waras

then, the train came.

Sunday, April 28, 2013

Bersihkan Hatimu

0 legit comments

Rasulullah :'(

0 legit comments

Teringat kisah Rasululullah semasa Jibril menerangkan kepada baginda tentang Jahanam.
setelah skip bahagian yang Jibril cerita apa dalam neraka tu. then comes,

Jibril: Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan

Rasulullah s.a.w. : “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”

Jibril: “Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun, namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nashara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibril diam, segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”


Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.”


Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: “Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?”


Jawabnya: “Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.”


Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kemba
li dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

sumber: http://duniaislammotivasi.wordpress.com

sedihnya dirimu wahai Rasulullah. :'( aku malu. mungkinkah aku penghuni itu? nauzubillah
Allah, tolong pujuk Nabiku ini di hari akhirat nanti. Dialah Nabi yang paling risau akan umatnya di akhirat nanti. Allah tolong pupuk rasa kasih sayang yang mendalam terhadap rasulMu itu, Muhammad SAW ke dalam diri aku, ibu bapaku, guru-guruku , rakan-rakanku, dan semua umat muslimin dan muslimat. Ingatkan kami untuk selalu berselawat ke atasnya dan mencontohi baginda. Amin.

Hahah

0 legit comments

 
Hahah dah dalam kubur, terlambat lah kak.harap-harap ada family ingat nak deactivate kan fb eh. (:
 
Kepada muslimah yang masih hidup, dan masih ada gambar-gambar yang tak tutup aurat dengan sempurna kat facebook ke kat manamana social network (juga ingatan untuk diri sendiri) ,
fikir-fikirkan lah
benda ni dah selalu ulas. dosa 24jam kan. mari, sama sama kita berubah jadi muslimah yang lebih baik.

le me

0 legit comments
and then you should try to venture the world outside you to find who you really are . (:

part of me

0 legit comments
 

I used to be that little fellow who dreams for everything. Some of her dreams came true and some happened to be better. Some, took a very long time till she decided to forget about it. she knew there's something else Allah has planned for her.

How about now? I still do, keep dreaming, but I have lost some of my faith in it. I tend to have limits. I miss being that kid 8 years ago who dare to dream big and go for it. Ignore everybody who tries to get her down, know God always there.

Stop. Take a breath. Look back at what you've missed. Think about it.

one voice in me says, forget it. MIT is just too hard for you. you're never gonna make it. if only you can get into MIT, it will put a pile of pressure on you. you'll die before 4 years. or if you survive, you turn out to be a zombie, got no life. never going to get married. hah

another little voice says, you've always dream for it. it may be difficult, but you have to prove you worth it. be prepared. make a change. your limit is further than you think. if Allah sees you struggle for Him, He won't let you fall. In shaa Allah.

Life could be boring if you're always in the comfort zone. think I'm up for the challenge.


ISTIDRAJ

0 legit comments
APA ITU ISTIDRAJ?


... Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.

Tapi, hidup mereka biasa sahaja.

Ada yang susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!

Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.

Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!

Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.

Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah.

Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah.

Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu.

Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?

Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.

Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.

Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangi berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.

Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj.

Orang-orang besar, istidraj.

Jangan!

Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam

Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150607804307955&set=a.82029397954.80127.754992954&type=1

Saturday, April 27, 2013

Maria Elena

0 legit comments
semester break dah start, 1 bulan je. ingat nak ambil lessen kereta. sempat ke tak.
next sem aku ambil SAT dan TOEFL. harap harap pass *feuwh~*
masih tak sure nak ambil engineering apa. computer ? electrical ? software ?
haih, hati ~ bila lah nak tetap.

oh tadi visit blog Maria Elena (http://peliks.blogspot.com) . dah lama tak tengok.
dia sekarang dah jadi duta beauty product untuk spray kat muka.

so dia promote ah kat blog. kelakar jugak. dia patut buat meme

HOW DO I LOOK IN ADS
 
HOW DO I ACTUALLY LOOK WHEN I'M USING IT
 
 
 

. . .

0 legit comments
 
Alhamdulillah aku dah mula nampak Allah dah makbulkan doa aku.
aku mohon Allah jadikan aku seorang yang tenang, tak banyak cakap,
naik university aku berubah, syukur.
susah kan nak jumpa perempuan yang almost emotionless
hahah , ye aku suka jadi lain sikit.
but that's not the main point aku minta untuk berubah . dulu, memang aku

banyak mulut
ketawa macam ape tah
gelabah, kelam kabut.
emotional,

apa aku dapat ? penat.

dah besar ni, maturity level improve sikit. alah ramai orang macam tu kan. ada je yang tak sedar sedar diri. nak salahkan mereka? kutuk mereka? tak boleh.. Hidayah tu Allah punya. (: kita boleh nasihat.
 
bila dah dapat, apa kena buat ? . .  pandai -- bersyukur, dan doakan untuk orang lain juga.

sekarang aku stress. aku kuat berangan. boleh kata most of the time.
kesannya?  semua kerja aku lambat. mandi, kemas bilik, buat assignment.
otak aku, easily distracted. uh

lagi lagi bila rumet aku pindah.
so duduk sorang kat bilik memang aku berangan je lah memanjang. ish, tak elok ah. (tahu..)
tapi aku sedar bila aku berangan kadang kadang idea banyak datang
macam macam jenis ah tak tahu nak describe.
ada satu member cadang: tulis laa diaryyy!!
fokuskan otak supaya takde masa untuk berangan. betul
tapi aku tak percayakan diari untuk tulis benda benda private, rahsia
aku tahu rahsia itu akan terbongkar satu hari nanti.. muahahahaha
pemikiran macam ni wujud bila kau tinggal dengan adik adik yang suka menyibuk.

so aku tulis blog. hah. tulis untuk semua orang baca. blog ni aku buat untuk tolong diri aku. but on the same time, aku nak tolong orang lain jugak sebagaiman aku nak diri aku ditolong. aku harap orang dapat something  berguna,.

ilmu aku tak banyak, in shaa Allah ada sikit aku share. sikit sikit boleh tambah saham pahala: berterusan --- ilmu yang dimanfaatkan

Daripada Anas RA, daripada Nabi SAW sabdanya, "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya”
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]
 
 

hahah let's break the rules

0 legit comments
I hate this part, writing in my first post to start fresh, then promise to myself that this going to be my last blog and I'll stick to it till the end. I don't talk much to strangers. But I really want people to hear me. Just listen, and think about. Let me know what you feel, let me know if I'm wrong. I'm kind of open for that.

My first sem in university just ended. yeah, Calculus killed me. should I regret majoring in Engineering?